Ekzos 'perang' tambah kelajuan hanya mitos - Wazi - Utusan Malaysia

Ekzos ‘perang’ tambah kelajuan hanya mitos – Wazi

WAZI ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Anggapan ekzos yang diubah suai atau ‘ekzos perang’ mampu meningkatkan kelajuan motosikal hanya mitos.

Itu kata bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid yang menyokong usaha pihak berkuasa membendung penggunaan ekzos motosikal yang diubah suai dan bingit yang menjadi trend pengguna motosikal terutama golongan remaja.

Bekas pelumba yang mendapat jolokan ‘Raja Kapcai’ itu berkata, pendapat bahawa ekzos yang diubah suai boleh meningkatkan kelajuan motosikal tidak benar.

“Kalau nak kata pakai ekzos yang diubah suai semata-mata mampu meningkatkan pecutan motor, ia tidak benar. Kalau ada pun peningkatan pecutan pun hanya sedikit, tak sampai 30 peratus. Ada bahagian motosikal lain kena diubah suai jika mahu meningkatkan pecutan motosikal, bukan hanya ekzos.

“Anggapan ekzos ini menambah kelajuan motosikal adalah antara sebab penggunaannya menjadi trend dalam kalangan anak muda bermotosikal sekarang, selain mahu menunjuk-nunjuk.

“Saya menyokong usaha pihak berkuasa membanteras penggunaan ekzos yang diubah suai ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Wazi turut menyokong tindakan pihak berkuasa mengenakan denda tinggi terhadap pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam yang boleh dipenjara sehingga enam bulan dan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

Namun, katanya, bagi motosikal yang disita dan pemiliknya diminta memasang ekzos standard atau yang asal, ia perlu menggunakan budi bicara.

“Tak dinafikan mungkin ada di antaranya yang mencari rezeki menggunakan motosikal. Saya cadangkan pihak berkuasa guna budi bicara sebagai proses mendidik dalam kes-kes sedemikian.

“Tetapi jika tertangkap semasa operasi pihak berkuasa seperti pada malam minggu, mereka wajar dikenakan hukuman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya