Eizlan Yusof sedia galas tanggungjawab - Utusan Malaysia

Eizlan Yusof sedia galas tanggungjawab

EIZLAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof menghargai kepercayaan yang diberikan sebagai Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas berkuat kuasa pada 15 Mac lalu.

Menggalas tanggungjawab ini selepas menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Norman Abdul Halim, jelasnya menjadi harapanya untuk melihat dunia perfileman negara kembali ke landasan yang lebih baik.

“Saya akui ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ini memerlukan saya menjalankan amanah.

“Setiap keputusan yang dibuat perlu memberi faedah yang sama buat semua pihak dalam kembali merancakkan dunia perfileman kita,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengenai fokus utamanya. Jelas Eizlan dia kini dalam usaha dalam mencari jalan penyelesaikan antara penerbit filem tempatan dan pengusaha panggung wayang.

“Kita tahu bagaimana pandemik memberi impak kepada dunia perfileman kita. Di sini saya melihat perlu ada cara dalam memulihkan kembali kepercayaan antara penerbit filem untuk menayangkan produk mereka.

“Sebab ketika ini pengusaha panggung wayang juga sedang mencari produk untuk ditayangkan. Namun mungkin ada segelintir penerbit yang memilih untuk menyimpan dahulu,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada jawatan ini akan menyebabkan dia meninggalkan karier lakonannya, Eizlan berkata, tanggungjawab baharu ini tidak akan memberi kesan kepada dunia seni.

“Tidak akan ada apa yang berubah sebab tanggungjawab ini tidak menganggu karier seni saya pun.

“Saya akan tetap berkarya seperti biasa,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya