Dua wanita dituduh perdaya Koperasi YaPEIM - Utusan Malaysia

Dua wanita dituduh perdaya Koperasi YaPEIM

DUA wanita bawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan memperdaya Koperasi YaPEIM dengan melaksanakan pajak gadai tiga set barangan kemas yang sebenarnya palsu pada tahun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dua bekas kakitangan Ar-Rahnu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Cawangan Gemas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan memperdaya Koperasi YaPEIM dengan melaksanakan pajak gadai tiga set barangan kemas yang sebenarnya adalah palsu.

Tertuduh, Noradila Mohd Zukri, 33, dan Nurhidayu Rosli, 26, tidak mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan membabitkan sembilan jenis barangan kemas yang ditipu nilainya dengan nilai keseluruhan sebanyak RM174,578.99.

Kedua-duanya dihadapkan atas pertuduhan bersama yang dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya iaitu pada 16 Oktober 2020 dan 12 November 2020 di antara pukul 10 pagi hingga 5 petang bertempat di Ar Rahnu Cawangan Gemas telah menipu Koperasi YaPEIM supaya mempercayai telah melaksanakan pajak gadai barang kemas yang sebenarnya palsu.

Tindakan itu dengan curang mendorong Koperasi YaPEIM untuk menerima barang kemas tersebut sebagai tulen dengan beberapa amaun yang mana Koperasi YaPEIM tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebatan serta denda.

Tertuduh yang diwakili peguam, Mohamad Kamarulzaman Jusoh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM15,000 seorang sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 April ini.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Atiqah Sapari. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya