Dua sahabat simpan, buat senapang angin - Utusan Malaysia

Dua sahabat simpan, buat senapang angin

BAHARUDIN Abdullah (tengah) menunjukkan senapang angin buatan sendiri yang dirampas daripada dua lelaki di sebuah bengkel membaiki kereta di Kampung Alur Tembesu di Dungun dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun hari ini.-UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis menahan dua sahabat selepas didapati memiliki tiga laras senapang angin termasuk dua buatan sendiri dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Alor Tembesu di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kedua-kedua lelaki yang berusia 20 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.20 petang oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

“Kita merampas selaras senapang angin yang lengkap di samping dua laras buatan sendiri yang sudah 70 peratus siap di samping 11 butir peluru hidup dan beberapa komponen termasuk kompresor, batang besi serta dua tabung angin,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Dungun hari ini. 

Baharudin berkata, hasil siasatan mendapati suspek cuba membuat dua senapang angin tersebut dengan meniru senapang yang dibeli dua tahun lalu berharga kira-kira RM300 dipercayai untuk tujuan memburu. 

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan suspek mendapatkan bekalan peluru hidup untuk senapang angin buatan sendiri itu daripada individu yang memiliki lesen sah.

“Suspek mengaku kali terakhir menggunakan senapang itu pada awal tahun lalu untuk memburu dan pemeriksaan lanjut turut menemukan dadah dipercayai syabu seberat 0.70 gram dan 0.68 gram pil kuda,” katanya.

Menurut Baharudin, ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamin dan mereka disambung reman sehingga 10 Mac bagi siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya