Dua pekerja kilang maut, tiga lagi termasuk pemandu van terselamat - Utusan Malaysia

Dua pekerja kilang maut, tiga lagi termasuk pemandu van terselamat

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dua pekerja kilang maut manakala tiga termasuk pemandu van lagi cedera dalam kejadian runtuhan jejambat pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.58 petang itu, kesemua mangsa warga tempatan itu dalam perjalanan ke kilang tempat mereka bekerja menaiki van pekerja.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pemandu van itu dapat dibawa keluar pada pukul 8.55 malam.

Manakala, kesemua penumpang berjaya dibawa keluar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur antara pukul 9.15 malam sehingga 9.27 malam.

“Kesemua mangsa dianggarkan berusia antara 30 hingga 45 tahun dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat awal diterima, pemandu treler yang membawa muatan besi itu didapati tidak membawa muatan berlebihan, malah treler itu turut dikawal kenderaan perondanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya masih mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan runtuhan kedua berlaku.

“Ketika operasi tadi, tiga kren terpaksa digunakan untuk mengangkat struktur yang menimpa van sebelum semua mangsa dikeluarkan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya