Nabawan dikenakan PKP, PKPD empat tanah Felda di Pahang - Utusan Malaysia

Nabawan dikenakan PKP, PKPD empat tanah Felda di Pahang

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas dua kampung di Nabawan, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semalam, kini seluruh daerah itu diwarta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan berlaku peningkatan kes secara mendadak melibatkan kluster dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Sehingga semalam, secara kumulatif ada sebanyak 177 kes positif Covid-19 dilaporkan meliputi 15 buah kampung di daerah itu,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Katanya, setelah dibuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP selama dua minggu yang bermula 3 Mac sehingga 16 Mac ini.

Pelaksanaan itu kata beliau, bagi mengawal pergerakan penduduk di daerah bersempadan wilayah Kalimantan Utara, Indonesia serta mengelak penularan dalam komuniti.

Nabawan terletak dalam bahagian Pedalaman dengan keluasan hampir menyamai Negeri Sembilan dan jumlah penduduk dianggarkan lebih 31,000 orang yang majoritinya etnik Murut.

Ismail Sabri turut memaklumkan empat lagi skim tanah rancangan Felda di Pahang dikenakan PKPD selama 14 hari yang akan bermula esok sehingga 15 Mac.

Dalam pada itu beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangan di Daerah Melaka Tengah, Melaka mengikut jadualnya iaitu esok.

“Kementerian mengesahkan baki kes aktif menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi penularan dalam kalangan tahanan dan petugas penjara tersebut,” katanya.

Turut ditamatkan PKPD ialah di Kampung Sungai Maong, Kuching, Sarawak setelah kementerian mengesahkan kes terakhir pada 23 Februari lalu dan tiada lagi sampel.

Begitu juga satu lagi PKPD di negeri tersebut iaitu di Taman Univista, Kota Samarahan yang dijadualkan tamat secara serentak susulan penurunan trend penularanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya