Dua didakwa tipu pelaburan lebih RM12,000 - Utusan Malaysia

Dua didakwa tipu pelaburan lebih RM12,000

PONG Chin Yau dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan lebih RM12,000. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini bulan lalu atas tiga pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan berjumlah RM12,867.30, dua rakan subahat mereka turut didakwa atas pertuduhan sama, hari ini.

Pong Chin Yau, 55, dan rakan lelakinya, Chan Cheh Shin, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua mereka bersama dua lagi individu yang telah dituduh didakwa menipu Hoi Kim Than, 58, dengan menawarkan pulangan pelaburan Bancus Coint yang tinggi sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM4,366.50 ke dalam akaun syarikat tertuduh melalui RHB Bank Cawangan Menglembu, Ipoh pada pukul 1.45 petang, 14 November 2019.

Kedua-dua tertuduh didakwa atas dua tuduhan sama iaitu menipu Leong Mei Lai, 44, membabitkan wang masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM3,500.80 di Public Bank Cawangan Jalan Besar Pasir Puteh dan Jalan Pasir Puteh, Taman Pengkalan Jaya di Ipoh antara pukul 1.34 hingga 1.48 petang, 1 Mei 2019.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Hajar Mohd. Yusof manakala Chin Yau pula diwakili peguam, M. Mahendra dan Ravi Nekoo pula mewakili Cheh Shin yang merupakan warga Singapura.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin sebanyak RM4,500 dan menetapkan 15 April ini untuk sebutan semula kes.

Media pada 2 November lalu melaporkan pasangan suami isteri, Chai Koon Shong, 44, dan Ng Kah Lai, 46, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan menipu mangsa yang serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya