Dua bot nelayan asing menyamar bot tempatan ditahan - Utusan Malaysia

Dua bot nelayan asing menyamar bot tempatan ditahan

BOT nelayan asing yang menyamar sebagai bot tempatan ditunda ke jeti Maritim Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam yang menyamar sebagai bot tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran meragukan ditahan di perairan negeri ini, kelmarin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kedua-dua bot itu ditahan di kedudukan 40 batu nautika di timur laut Pulau Tenggol di Dungun oleh KM Satria dalam Op Kuda Laut, kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, tindakan pantas KM Satria menurunkan bot RHIB membolehkan kedua-dua bot yang melarikan diri itu dipintas selepas perbuatan mereka mencuri hasil laut negara dikesan penguat kuasa.

“Pemeriksaan mendapati kesemua 23 kru termasuk tekong yang berusia antara 14 tahun hingga 59 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit pekerja asing sah di samping gagal mengemukakan dokumen lesen.

“Kaedah menggunakan nombor pendaftaran palsu pada badan bot tidak berkesan kerana struktur fizikal yang berbeza membolehkan penguat kuasa mengenal pasti mana-mana bot yang mencurigakan sekali gus mematahkan taktik jahat tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, keseluruhan nilai rampasan bagi kedua-dua bot dianggarkan sebanyak RM3 juta termasuk peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dan diesel.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana dan Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, Maritim Malaysia Terengganu komited menggalas tugas dan tanggungjawab menangkap nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengelak penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya