DOSM jadi rujukan dunia bantu negara lain - Utusan Malaysia

DOSM jadi rujukan dunia bantu negara lain

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelaporan data terkini secara bersepadu dan tuntas oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sejak sedekad lalu telah melonjakkan positif imej agensi itu di persada sejagat.

Perkara tersebut didedahkan Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin yang berasa terharu dan bangga dengan pencapaian hebat jabatan itu mengharumkan nama negara.

“Ramai mungkin tidak tahu kehadiran DOSM di peringkat antarabangsa sudah banyak bantu pelbagai negara, malah jadi rujukan kerjasama Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Pelan Strategik DOSM 2021-2025 oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin Hassan.

Pelan jabatan selama tempoh lima tahun tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik DOSM 2010-2014 dan Pelan Trasformasi DOSM 2015-2020.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, ramai negara tertarik dengan kejayaan DOSM yang mampu menerbitkan perangkaan terkini peringkat mikro hingga setahap daerah di seluruh Malaysia.

“Bukan semua negara ada data bersifat lokal atau wilayah kecil tempatan dan ini jadi panduan banyak negara untuk belajar kerana mereka cuma ada statistik secara kebangsaan,” katanya.

Pada masa sama, ujar beliau, data bersifat raya sedemikian amat kritikal bagi perancangan pembangunan yang lebih tepat dan jitu terutama dalam agihan peruntukan perbelanjaan awam.

Senario hari ini, katanya, lebih penuh cabaran kerana dunia digital telah menyaksikan fenomena ledakan maklumat dengan peluang penjanaan pelbagai sumber data baharu yang lebih pantas.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya