Ditahan miliki rokok tanpa cukai, lelaki cuba sogok Polis Marin RM10,000 - Utusan Malaysia

Ditahan miliki rokok tanpa cukai, lelaki cuba sogok Polis Marin RM10,000

ROSMAN Ismail (kanan) menunjukkan sebahagian daripada 1,940 karton rokok tanpa cukai yang dirampas Polis Marin di dua lokasi di Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam. - UTUSAN/MUHAMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Cubaan seorang pemilik gudang memberi rasuah bernilai RM10,000 supaya tidak menahannya atas kesalahan memiliki rokok tanpa cukai gagal apabiladitahan dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Jawi, Nibong Tebal semalam.

Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, dalam operasi di dua lokasi di Nibong Tebal itu, pihaknya merampas sebanyak1,940 karton rokok tanpa cukai bernilai RM264,750 yang dipercayai disimpan lelaki tempatan berusia 40 tahun itu dan menahannya kira-kira pukul 8.30 malam.

Selain itu, seorang wanita berusia berusia 23 tahun dipercayai ahli sindiket berkenaan turut ditahan di kawasan perumahan Sri Aman, Sungai Jawi kira-kira pukul 6 .30 petang.

“Sepasukan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin Pulau Pinang menjalankan pemerhatian ke atas sebuah kereta jenis Perodua Axia yang menjadi tempat penyimpanan rokok tidak bercukai di Taman Sri Aman, Sungai Jawi.

“Wanita berkenaan ditahan ketika sedang menuju ke kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan lanjut polis menjumpai 19 karton rokok tidak bercukai disimpan di tempat duduk belakang kereta itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kira-kira 8.30 malam kemudian pasukan Polis Marin membuat serbuan di sebuah gudang yang terletak di kawasan kebun koko Kampung Jawi dan menjumpai beberapa kotak dan guni disyaki mengandungi rokok tidak bercukai.

“Selepas 30 minit, seorang lelaki berusia 40 tahun datang dan mengaku dia adalah pemilik gudang tersebut.

“Lelaki tersebut berulang kali menawarkan sogokan bernilai RM10,000 sebagai ganjaran supaya tidak diambil tindakan ke atasnya namun cubaannya gagal,” katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya