Detik penentu hala tuju UMNO bermula - Utusan Malaysia

Detik penentu hala tuju UMNO bermula

MOHAMAD Hasan tiba di PWTC untuk merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas ditangguh tahun lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 membuka tirai hari ini yang menyaksikan buat pertama kali diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya.

Perhimpunan dua hari yang dilihat sangat penting bagi menentukan hala tuju parti itu terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan secara bersemuka dan maya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur serta secara maya di 190 UMNO bahagian-bahagian.

Hari ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadual merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC yang turut disiarkan menerusi media sosial.

Ketibaan beliau di PWTC pagi ini diiringi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri pergerakan itu, Datuk Zahida Zarik Khan.

Selepas acara perasmian itu, ketua setiap sayap menyampaikan ucapan dasar masing-masing dengan Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Tun Dr. Ismail, Pergerakan Pemuda (Dewan Tun Hussein Onn) dan Pergerakan Puteri di Dewan Merdeka.

Ucapan dasar setiap ketua sayap UMNO ini turut disiarkan menerusi media sosial.

Ia diikuti perbahasan perwakilan ketiga-tiga sayap UMNO itu yang mana ucapan wakil UMNO dari negeri-negeri disiarkan secara dalaman menerusi aplikasi Webex sebelum ditangguhkan pada pukul 7 petang.

Upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO pula dijadual berlangsung pada pukul 8.30 pagi esok di Dewan Merdeka yang mana acara kemuncaknya adalah ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Zamidi.

Perhimpunan Agung kali ini diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu, mengimbas MySejahtera dan sanitasi tangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya