Denda RM100,000, padam berita 24 jam jika laporan tidak benar - Utusan Malaysia

Denda RM100,000, padam berita 24 jam jika laporan tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 memperuntukkan peraturan-peraturan tertentu yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap setiap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan berita tidak benar berkaitan Covid-19 yang ditulis, disiarkan, diterbitkan dan divisualkan berkuat kuasa esok.

Menurut ordinan itu, menjadi satu kewajipan bagi mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar untuk menghapuskan penerbitan itu dalam masa 24 jam dari masa arahan diberikan oleh seorang pegawai polis atau pegawai yang diberi kuasa.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subsekyen (1) iaitu melakukan suatu kesalahan dan disabitkan, didenda tidak melebihi RM100,000 dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi RM3,000  bagi tiap-tiap hari, selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Mahkamah boleh memerintahkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar

Berita tidak benar yang dimaksudkan termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang keseluruhannya atau sebahagiannya adalah palsu yang berhubungan dengan Covid atau proklamasi darurat, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya