Datuk Seri tak mengaku tipu pengarah syarikat - Utusan Malaysia

Datuk Seri tak mengaku tipu pengarah syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas menipu seorang pengarah syarikat sehingga mangsa mengalami kerugian RM250,000, empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Datuk Seri Ahamed Malik Syed Hamid, 68, didakwa menipu Datuk Md. Jailam Jeganathan Abdullah,64, dengan memperdayakan mangsa dalam mendapatkan projek pembinaan jalan raya yang tidak wujud sehingga menyebabkan lelaki itu menyerahkan wang tunai sebanyak RM250,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sekitar Mac 2017 di kawasan tempat letak kereta Masjid Negara, Jalan Perdana di sini.

Pertuduhan terhadap tertuduh dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharin mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin namun peguam bela, Amir Farid Mohd. Nawawi memohon agar jumlah ikat jamin yang rendah dikenakan terhadap anak guamnya.

Hakim Datin Sabariah Othman menetapkan wang jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 April ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya