Data lengkap majukan Model Pembangunan Belia Baharu - Utusan Malaysia

Data lengkap majukan Model Pembangunan Belia Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan sedang bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak bagi mewujudkan Model Pembangunan Belia Baharu untuk dimanfaatkan golongan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kementerian itu juga malahan berusaha bagi mengumpul data lengkap belia tempatan demi menjayakan model berkenaan.

“Ketika ini kami sedang bekerja erat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Kewangan serta beberapa agensi berkaitan untuk mengarusperdanakan data itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Ekonomi Belia 2021 secara maya hari ini dengan temanya ‘Menavigasi Masa Depan: Ke Arah Masa Depan Membuktikan Belia Kita’.

Forum dianjurkan Majlis Belia Malaysia (MBM) itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang julung kali diadakan secara maya ekoran isu Covid-19.

Organisasi induk gerakan belia bukan kerajaan peringkat kebangsaan itu ditubuhkan pada 1950 dengan disertai 38 badan dari seluruh negara mewakili lebih 15 juta belia di negara ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, model berkenaan bakal menambah baik kepada polisi sedia ada pernah digubal kerajaan di bawah Dasar Belia Malaysia 2015 sehingga 2035.

“Kementerian saya amat memerlukan data komprehensif agar kita mendapat gambaran sebenar situasi dialami golongan ini bagi kerajaan merangka dasar menepati keperluan belia,” katanya.

Justeru, beliau berharap pelaksanaan model baharu itu akan menyediakan kelompok belia tempatan dengan tiga bidang kemahiran semasa yang agak kritikal dikehendaki masyarakat.

Antaranya ujar beliau, kecekapan pengurusan teknologi kontemporari selain melengkapkan diri dengan penggunaan data terkini serta pengupayaan daya pemikiran analitik dan inovasi.

Semua kemahiran tersebut jelasnya, perlu ada pada setiap belia dalam mengharungi cabaran dunia akan datang seperti dirasai masyarakat global hari ini mendepani pandemik.

Reezal Merican bagaimanapun menaruh keyakinan peserta belia dapat memanfaatkan forum itu bagi membina masa depan dunia yang lestari dan memperkayakan percambahan idea.

“Anda kini perlu anjak kepada revolusi kemahiran semula untuk ‘mewarnai’ komuniti melalui pelbagai krisis tidak dijangka dan saya berharap kamu semua ambil peluang ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya