Dalam Islam pun tidak boleh murtad, kenapa dalam politik boleh lompat pula? - Utusan Malaysia

Dalam Islam pun tidak boleh murtad, kenapa dalam politik boleh lompat pula?

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: DAP akan tetap membawa kes wakil rakyat parti itu yang bertindak melompat parti sehingga ke peringkat mahkamah sekali pun perkara tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.  

Dalam masa sama, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa sebagai kerajaan yang bersih dan berprinsip tidak sepatutnya mempertahankan atau menyokong tindakan melompat parti itu. 

Malah, beliau turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung perkara itu semalam, adalah tidak wajar. 

“Dalam Islam pun tidak dibenarkan murtad, jadi kenapa pula dalam politik boleh dibenarkan melompat parti? 

“Apa yang disebut Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin-pemimpin Pas terdahulu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Semalam, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, tindakan wakil rakyat sama ada ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Mengambil contoh Pulau Pinang yang melaksanakan undang-undang Akta Anti Lompat Parti, Takiyuddin menambah, pelaksanaan kerajaan negeri itu tersekat kerana perlu meminda Perlembagaan sedia ada terlebih dahulu.  

Mengikut Seksyen14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan mana-mana ADUN yang berhenti menjadi ahli parti diwakili semasa pilihan raya perlu mengosongkan kerusinya.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menguatkuasakan undang-undang itu walaupun empat ADUN negeri tersebut menarik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu. 

Empat ADUN itu ialah dua ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari Bertam, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dan Teluk Bahang, Zolkifli Md. Lazim yang menarik semula sokongan terhadap kerajaan PH dan kemudian bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Selain itu, dua lagi ialah ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim pula tidak lagi menjadi wakil rakyat PH apabila dipecat daripada PKR. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya