Dakwaan Ordinan Darurat sekat kebebasan media, bersuara tidak benar - Utusan Malaysia

Dakwaan Ordinan Darurat sekat kebebasan media, bersuara tidak benar

SAIFUDDIN Abdullah (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM31,000 yang disumbangkan MYNIC Berhad kepada wakil Yayasan Kebajikan Negara di Dewan Atabara, Indera Mahkota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dakwaan penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang diwartakan untuk menyekat kebebasan media dan bersuara mana-mana individu adalah tidak benar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tujuannya adalah sebagai langkah dan usaha memerangi berita palsu berkait isu Covid-19 dan perintah darurat yang telah berkuat kuasa.

“Kerajaan akan membezakan antara kritik dan berita palsu kepada pihak kerajaan sama ada berhubung Covid-19 atau darurat sebelum mengambil tindakan.

“Sebagai contoh, jika seorang ahli Parlimen mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenai darurat sehingga 1 Ogos dan bukannya 1 Julai, itu bukan berita palsu dan saya beri jaminan kita tidak akan kejar (ambil tindakan) ahli Parlimen itu.

“Tapi, kalau ada pihak yang menyatakan darurat menyebabkan orang kelaparan di sebuah kampung dan apabila disahkan berita palsu, kita akan mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran E-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota dan penyerahan tablet sumbangan kepada pelajar sekolah di Dewan Atabara, Indera Mahkota di sini.

Ordinan Darurat dikuatkuasakan dan kerajaan menerima banyak kritikan berhubung perkara itu.

Ordinan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali manakala bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Saifuddin berkata, penguatkuasaan ordinan itu demi menjaga hak dan kepentingan awam.

“Penguatkuasaan ordinan itu dipertanggungjawabkan kepada pegawai polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Jadi, saya harap orang awam termasuk ahli politik hargai apa yang telah kerajaan lakukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya