Daftar pemberian vaksin untuk tanggungan warga emas mulai esok - Utusan Malaysia

Daftar pemberian vaksin untuk tanggungan warga emas mulai esok

KHAIRY Jamaluddin bergambar bersama para petugas Hospital Rembau selepas menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin Sinovac. Beliau disuntik vaksin berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang tadi di Hospital Rembau.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Kesemua pengguna aplikasi MySejahtera boleh mula mendaftarkan golongan warga emas yang menjadi tanggungan mereka bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi aplikasi tersebut, bermula esok (19 Mac).

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika ini, pendaftaran bagi fasa dua program imunisasi berkenaan masih lagi rendah.

“Esok, kita akan perkenalkan kemudahan dalam MySejahtera iaitu pendaftaran tanggungan. Pendaftaran ini tertangguh seminggu sebab saya minta supaya aplikasi ini stabil sebelum dilancarkan.

“Saya difahamkan oleh pembangun aplikasi, esok dilancarkan pendaftaran tanggungan dalam MySejahtera dan orang ramai boleh mendaftarkan ibu bapa, datuk nenek mereka… lebih mudah,” katanya.

Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras PICK berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Sinovac di  di Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Covid-19 melibatkan kumpulan beriso tinggi termasuk warga emas.

Sementara itu, Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau berkata, sebanyak RM3 bilion peruntukan dianggarkan sebelum ini bagi rakyat mendapat akses vaksin Covid-19 secara percuma.

Jelasnya, tambahan RM2 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) secara umumnya juga adalah untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Langkah kenaikan peruntukan berkenaan menurut Khairy adalah bagi mempercepat sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021, berbanding sasaran awal pada suku pertama 2022. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN