Cadangan bina 14 tangki air Sungai Muda bahayakan ekonomi Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Cadangan bina 14 tangki air Sungai Muda bahayakan ekonomi Pulau Pinang

Kerajaan saran industri jadikan sungai sebagai `anak angkat' bagi menjaga sumber air negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Cadangan kerajaan negeri Kedah membina 14 tangki air di sepanjang Sungai Muda di negeri itu disifatkan menyalahi undang-undang dan membahayakan ekonomi serta mata pencarian penduduk Pulau Pinang.

Presiden Water Watch Penang (WWP), Profesor Dr. Chan Ngai Weng berkata, walaupun rancangan itu dapat menjamin keselamatan air kepada penduduk Kedah namun ia akan mengurangkan bekalan air ke Pulau Pinang secara drastik.

Menurutnya, hal demikian kerana kuantiti dan kualiti air yang mengalir ke negeri ini dari Sungai Muda akan berkurangan dengan ketara.

“Oleh itu rancangan keterlaluan ini telah digambarkan sebagai tindakan perang dan bentuk balas dendam politik kepada Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor mengejutkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengumumkan hasrat membina 14 tangki air sepanjang Sungai Muda untuk menjimatkan air bagi pengairan padi dan memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau.

Ngai Weng berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan, WWP melihat pertikaian membabitkan isu air di antara kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang ketika ini semakin tegang dan berbahaya.

“Pertengkaran di antara kedua-dua negeri ini tidak akan menguntungkan sesiapa tetapi akan membawa bencana kepada semua pihak. WWP merayu kepada Menteri Besar Kedah untuk segera membatalkan rancangan untuk membina 14 tangki air sebelum terlambat,” katanya.

Tambah beliau, sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Syarikat Air Darul Aman, Muhammad Sanusi mesti bercakap, bertindak dengan rasa hormat dan tanggungjawab yang tinggi.

“Beliau mesti berunding, berusaha dan mencadangkan rancangan dan penyelesaian yang dapat dilaksanakan dengan rakan sejawatnya di negeri lain ketika timbul masalah dan tidak melakukan apa-apa tindakan dengan cara konfrontasi.

“Semua kata-kata, tindakan dan cadangan Menteri Besar tidak hanya baik dan bermanfaat bagi rakyat Kedah, tetapi juga tidak boleh membahayakan atau mendatangkan bahaya kepada sesiapa atau negeri mana pun,” katanya.

Selain itu katanya, WWP mencadangan masalah air antara Kedah dan Pulau Pinang diselesaikan di peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Selain itu pembentukan Majlis Lembangan Sungai Muda juga merupakan satu jalan penyelesaian bagi meredakan isu ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya