Cabut lari tinggalkan 670,000 batang rokok seludup - Utusan Malaysia

Cabut lari tinggalkan 670,000 batang rokok seludup

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas PGA Batalion 9 Kuala Terengganu selepas menahan sebuah lori di Kok Bedollah, Tumpat semalam. -IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Lelaki nekad lari meninggalkan 670,000 batang rokok seludup selepas lori dipandunya yang sarat dengan muatan itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu, semalam.

Kenderaan itu ditahan PGA Batalion 9 ketika melalui jalan Kampung Kok Bedollah, Tumpat di sini pada pukul 6 pagi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan itu merupakan hasil rondaan rutin menerusi Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand bermula dari Rantau Panjang hingga Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Semasa melakukan rondaan, sepasukan anggota telah terserempak dengan lori tersebut yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Sejurus menyedari kehadiran anggota PGA, pemandu lori tersebut terus bertindak memberhentikan kenderaan itu dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan memberitahu, pegawai dan anggota PGA cuba mengesan pemandu lori berkenaan, namun, gagal.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu membawa kepada penemuan 670,000 batang rokok seludup.

“Siasatan awal mendapati, rokok putih itu dibawa masuk ke negara ini dari Thailand menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sekitar Pengkalan Kubor.

“Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Nor Azizan berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM512,500 dan kes disiasat bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya