PETALING JAYA : Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh membabitkan seorang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia di sebuah rumah di Kajang semalam.
Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan 8.45 malam di sekitar Kajang.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui hubungan antara suspek dan mangsa.
“Kita akan memohon reman suspek bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah rumah dengan kesan jerut dileher.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan telah mengesahkan mangsa merupakan Nik Khatijah Nik Mud.
Nik Khatijah dipercayai telah mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemui.-UTUSAN