Bot rosak, tiga pemancing diselamatkan - Utusan Malaysia

Bot rosak, tiga pemancing diselamatkan

TIGA pemancing warga tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Kemaman, Kemaman hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga pemancing warga tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan kira-kira 2.7 batu nautika dari perairan Kemaman, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua tekong dan awak-awak berusia 30 tahun itu diselamatkan bot Penggalang 16, pada pukul 2 petang.

Katanya, bot Penggalang 16 yang berada di kawasan berdekatan segera diarahkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima maklumat.

“Tekong bersama dua awak-awak ditemukan dalam keadaan selamat dan bot mereka ditunda ke jeti Zon Maritim Kemaman untuk dibaiki,” katanya dalam kenyataan di sini.

Muhammad Suffi berkata, Maritim Malaysia sentiasa bersiap-sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat terutama komuniti laut serta agensi-agensi kerajaan yang mengalami kecemasan di laut mahu pun ditimpa bencana.

Katanya, orang awam diminta melaporkan sebarang kecemasan dan kemalangan di laut menerusi talian MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Terengganu (09-6224357).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya