BN hadapi PRU-15 sendirian - Utusan Malaysia

BN hadapi PRU-15 sendirian

AHMAD Zahid Hamidi menegaskan Barisan Nasional akan bertanding bersendirian dan menggunakan logo serta lambang dacing dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memutuskan bertanding bersendirian dan menggunakan logo serta lambang dacing dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bukan riak dan sombong untuk bertanding sendiri sebaliknya mahu dominan dalam pembentukan kerajaan.

Katanya, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama.

“Dominan bukan bermaksud kita angkuh. UMNO adalah parti terbesar bangsa Melayu. UMNO adalah parti terbesar di negara ini. Apabila UMNO tidak menjadi tonggak kepimpinan negara ini, rakyat tidak lagi mengecapi kestabilan.

“Selama 22 bulan rakyat merana, Raja-Raja Melayu dihina, kepentingan Melayu diketepikan, Islam dicabar, Bahasa Kebangsaan diremehkan, aset-aset negara dilelong dengan sewenang-wenangnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Katanya, UMNO menolak pembelot dan pengkhianat dan tidak mahu makhluk perosak yang memusnahkan parti dengan budaya lompat parti semakin menjadi-jadi di samping pengundi dan rakyat dikhianati.

“Jawatan dan ghanimah ditukar dengan maruah diri. Apakah budaya ini menjadi amalan yang akan diwarisi? Sedarlah, politik ini ditentukan oleh kluster rakyat. Bukan kluster gila kuasa, bukan kluster broker, bukan kluster oportunis atau kluster lompat pagar.

“Bukalah minda dan berfikir dua tiga tapak ke hadapan, demi masa depan anak cucu kita. Ingatlah, Allah sentiasa menguji kita, sama ada sedar atau tidak. Allah menguji kita dengan kepayahan sewaktu 22 bulan PH memerintah. Allah menguji kita dengan kekuasaan dan kesenangan apabila kita menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Namun, kita lebih mudah tewas kepada ujian kekuasaan dan kesenangan berbanding ujian kepayahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya