Bicara Synergy Promenade saman Shahrir Jun 2022 - Utusan Malaysia

Bicara Synergy Promenade saman Shahrir Jun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah RM100 juta difailkan syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn. Bhd. terhadap bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung isu tanah FELDA di Mahkamah Tinggi di sini akan mula dibicarakan pertengahan tahun hadapan.

Kes itu sepatutnya mula dibicarakan pada 26 hingga 28 Oktober 2020 namun ditangguhkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut peguam, Brian Yee Hong Keet yang mewakili Shahrir, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh 1 hingga 3 Jun 2022 untuk perbicaraan kes itu.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media selepas prosiding pengurusan kes terbabit yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.

Pada 4 Jun 2018, Synergy Promenade selaku plaintif menyaman Shahrir, yang ketika itu Pengerusi FELDA atas dakwaan mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah antara Disember 2017 hingga Mac 2018

Kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan dalam beberapa media massa, laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.

Berdasarkan penyataan tuntutan, plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu menyebabkan reputasi mereka tercalar selain mengakibatkan plaintif kehilangan projek yang sedang diusahakan.

Syarikat itu menuntut satu perintah injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan itu serta ganti rugi RM100 juta, faedah, kos dan relief lain yang sesuai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya