Betul ke ekonomi tidak terkesan dengan perisytiharan darurat ? soal Najib - Utusan Malaysia

Betul ke ekonomi tidak terkesan dengan perisytiharan darurat ? soal Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan kenyataan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa perisytiharan darurat sejak lebih dua bulan lalu tidak memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi Malaysia, malah menurut seorang menteri, ia keputusan yang akan membantu ekonomi.

Namun bagi Najib, realitinya apa yang berlaku adalah sebaliknya berdasarkan beberapa bukti yang beliau nyatakan.

“Saya beri beberapa bukti berdasarkan “sains dan data” iaitu berdasarkan Indeks Pembelian Pengurus (PMI) yang merupakan indeks arah aliran trend ekonomi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Ia terdiri daripada indeks penyebaran yang merumuskan sama ada keadaan pasaran, seperti yang dilihat oleh pengurus pembelian, berkembang, tetap sama atau berkontrak.

“Tujuan PMI adalah untuk memberi maklumat tentang keadaan perniagaan semasa dan masa hadapan kepada pembuat keputusan, penganalisis, dan pelabur syarikat, ” kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.

Menurut Najib, PMI utama adalah bilangan dari 0 hingga 100. PMI di atas 50 mewakili pengembangan dan dibandingkan dengan bulan sebelumnya manakala bacaan PMI di bawah 50 mewakili penguncupan, dan bacaan pada 50 menunjukkan tiada perubahan.

Najib turut menyertakan https://ms.moneynx.com/purchasing-managersindex untuk dirujuk

Najib mendakwa lagi, sektor pembuatan di negara ini tetap terjejas walaupun negara-negara lain telah pulih kerana Malaysia terkesan dengan pelaksanaan Darurat dan manakala Thailand terkesan dengan rusuhan dan demonstrasi besar-besaran melawan kerajaan sejak Disember lalu.

“Malah, Malaysia satu-satunya negara sahaja dalam ASEAN yang tetap merah di bawah paras 50 sepanjang tempoh enam bulan lalu, ” ujar beliau.

Faktor kedua kata Najib yang juga bekas Menteri Kewangan adalah berdasarkan pasaran saham Malaysia berbanding negara-negara jiran dan dunia.

Menurut Najib lagi, prestasi pasaran saham Malaysia antara paling corot dunia dalam tempoh tiga bulan lalu sejak darurat dilaksanakan.

Pasaran-pasaran saham lain dalam dunia selain Malaysia sedang mencatat paras paling tinggi dalam sejarah susulan pertukaran Presiden Amerika Syarikat daripada Donald Trump kepada Joe Biden selain pelaksanaan program pemberian vaksin Covid-19 di seluruh dunia.

Walaupun darurat telah dilaksanakan, bermula semalam dan secara rasmi, prestasi Malaysia melawan Covid-19 telah jatuh ke paras paling corot dalam ASEAN dari segi jumlah saiz penduduk.

“Jelas membuktikan bahawa pelaksanaan darurat dan penggantungan perlembagaan tidak begitu membantu usaha melawan Covid-19.
Malaysia satu-satunya negara di dunia yang menggantung Parlimen dengan alasan melawan Covid-19. Ini adalah realiti dan inilah “sains dan data” yang sebenar-benarnya, ” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya