Belum tentu GRS contoh terbaik di Malaysia - Utusan Malaysia

Belum tentu GRS contoh terbaik di Malaysia

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerjasama pelbagai parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak boleh dijadikan contoh di peringkat nasional.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO telah membentuk sebuah kerajaan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan Perikatan Nasional sebelum ini, namun gabungan tersebut tidak memberi sebarang keuntungan kepada parti itu.

Jelasnya, kini apa yang berlaku, Bersatu hanya menggunakan kekuatan UMNO untuk terus kekal mentadbir menjadi kerajaan hari ini.

“GRS contoh terbaik? Belum tentu. Cuba tengok Perikatan Nasional, kita pun bergabung, bekerjasama membentuk kerajaan, tapi selepas setahun, di mana kedudukan UMNO? Apa jadi? Apa yang Bersatu buat pada UMNO?

“GRS perlu fikir di akhirnya nanti, UMNO jadi kuat atau rugi? Kita kena tengok GRS punya hasil gabungan itu nanti,” soalnya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama yang terjalin antara pelbagai parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu dijadikan contoh terbaik di peringkat nasional.

Gabungan itu melibatkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan menegaskan semua pihak jangan banyak main politik sebaliknya tumpukan kepada apa yang rakyat mahu.

Namun, Tajuddin turut mengingatkan UMNO Sabah perlu patuh pada arahan yang ditetapkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) nanti supaya kesatuan parti itu terus utuh.

“Hasil belum nampak, memang lah semua okay. Kita tengok nanti apa yang Bersatu di Sabah nanti inginkan pada PRU15. berapa kerusi dia nak bertanding? Di mana dia nak bertanding? Akhirnya semua perkara itu akan menentukan masa depan UMNO.

“Sepatutnya UMNO Sabah perlu ikut apa yang kita putuskan, sebab UMNO hanya ada satu. Bukan ada UMNO semenanjung, UMNO Sabah, UMNO Perak dan sebagainya, kita cuma ada UMNO Malaysia.

“Presiden kita hanya seorang. Terlalu awal nak kata kerjasama GRS itu terbaik, sebab kita kena tengok apa hasilnya, apa akan jadi kepada UMNO kerana mereka perlu bertanggungjawab kepada UMNO Malaysia,” ujarnya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya