Belanjawan 2022 dirangka bulan depan - Utusan Malaysia

Belanjawan 2022 dirangka bulan depan

MUSTAPA Mohamed (empat,kiri) bersama tetamu lain di UMK Bachok hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Proses penelitian projek-projek pembangunan yang akan disenarai pendek untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2022 akan dibuat dalam tempoh empat bulan, bermula April ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya sudah menerima senarai projek daripada semua kementerian untuk diteliti sebelum dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

Katanya, proses pertimbangan tersebut akan dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE).

“Projek pembangunan yang menjadi keutamaan termasuk pembinaan balai polis, sekolah, hospital, penyelenggaraan serta penambahbaikan jalan.

“Kesemuanya akan diperhalusi pada bulan depan sebelum dimuktamadkan pada Ogos, kemudian kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk menentukan jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin Sesi Bersama Pegawai Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan Peringkat Jajahan Bachok di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari.

Mustapa berkata, pihaknya sudah bertemu wakil jabatan berkaitan untuk mengenal pasti mana-mana projek yang menghadapi masalah sebelum mengadakan mesyuarat dengan kementerian-kementerian awal bulan depan bagi mencari penyelesaian.

“Kita mahu memastikan peruntukan sebanyak RM69 bilion bagi melaksanakan agenda pembangunan dan merancakkan ekonomi negara pada tahun ini dibelanjakan sebaik mungkin sepenuhnya.

“Tujuannya bagi mengenal pasti projek yang ada masalah umpamanya projek sudah lulus tapi mungkin ada masalah tanah maka kita ingin pastikan apa dirancang untuk pemulihan ekonomi dapat dibelanjakan dengan betul,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya