Bekas penyelia pembekal kandungan dihukum penjara, denda - Utusan Malaysia

Bekas penyelia pembekal kandungan dihukum penjara, denda

FEERAS Roslan (tengah) diiringi pegawai SPRM hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan gagal melaporkan pemberian suapan berjumlah RM6,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penyelia pembekal kandungan dihukum penjara 10 hari dan denda RM28,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat pertuduhan pilihan gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian suapan berjumlah RM6,000.

Hakim Azura Alwi menjatuhi hukuman penjara 10 hari bagi setiap pertuduhan dan denda berjumlah RM28,000 atau penjara sebulan terhadap Feeras Roslan. Hukuman berjalan serentak bermula semalam.

Feeras, 34, mengaku gagal melaporkan pemberian sogokan yang dibuat melalui pindahan wang secara dalam talian daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat OSK Telecommunication yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Wang berjumlah RM3,000 itu diterima daripada seorang individu kerana memberikan maklumat aduan pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi terhadap tiga buah syarikat lain yang merupakan pembekal kandungan kepada syarikat telekomunikasi tersebut.

Ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan di antara 7 Mac dan 4 Disember 2018 di CIMB Bank Cawangan Gleneagles Ampang, No. 317, Jalan Ampang di sini.

Bagi tuduhan pilihan keempat, Feeras mengaku gagal melaporkan pemberian sogokan RM3,000 daripada seorang individu bagi mengurangkan bayaran penalti Liquidated Ascertained Damages daripada RM50,000 kepada RM40,000 yang dikenakan terhadap sebuah syarikat.

Kesalahan itu dilakukan sekitar Februari 2017 di kawasan parkir kereta terbuka di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya