Bekas Pengerusi Angkasa Perlis didenda RM15,000 palsu dokumen RM90,000 - Utusan Malaysia

Bekas Pengerusi Angkasa Perlis didenda RM15,000 palsu dokumen RM90,000

BEKAS Pengerusi Angkasa Perlis (kiri) meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar selepas membayar denda sebanyak RM15,000 kerana memalsukan dokumen pada 2018 di Mahkamah Sesyen, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bekas Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) Perlis didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memalsukan invois program memperkasakan jati diri  bernilai RM90,000 pada 2018.

Tertuduh, Ismail Hashim, 70, mengaku bersalah bagi tiga pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Datuk Ibrahim Osman.

Ismail didakwa memalsukan beberapa dokumen tuntutan yang tidak wujud butir pembekalan pada 8 Ogos 2018 berkaitan Program Memperkasakan Jati Diri Kepimpinan Gerakan Koperasi di tiga Parlimen di negeri ini.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Angkasa di Petaling Jaya, Selangor.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pesara Telekom Malaysia Bhd (TM) telah memberikan tiga invois pembayaran Syarikat MFAB Enterprise masing-masing bernilai RM30,000 yang dipercayai merupakan invois palsu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salizawaty Abd. Samad manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Faizi Che Abu dan Yusfarizal Yusof.

Tertuduh boleh dipenjara 15 bulan jika gagal membuat pembayaran bagi keseluruhan tiga pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh kemudian telah membayar denda terbabit dan dilepaskan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya