Bekas pengarah individu pertama dituduh bawah Seksyen 17 Akta SPRM - Utusan Malaysia

Bekas pengarah individu pertama dituduh bawah Seksyen 17 Akta SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas pengarah syarikat yang membekalkan perkhidmatan penyewaan kapal menjadi individu pertama dituduh di bawah kesalahan Liabiliti Korporat Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (ASPRM 2009).

Lelaki berusia 64 tahun itu dituduh bawah akta tersebut selepas disyaki memberi rasuah RM321,350 sebagai imbuhan memberikan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja cari gali minyak.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pendakwaan dibuat terhadap lelaki tersebut selepas akta berkenaan dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu.

“Kejadian berkenaan berlaku antara 29 Jun hingga 14 Oktober tahun lalu membabitkan nilai keseluruhan projek sebanyak RM1 bilion.

“Suspek ditahan petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pagi esok di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009) bagi kesalahan memberi suapan untuk mendapatkan kontrak penyewaan kapal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengarah syarikat yang sama turut dipanggil membantu siasatan dan akan dituduh bagi mewakili syarikat berkenaan di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009 iaitu berkaitan kesalahan liabiliti korporat di mahkamah yang sama.

“Ini adalah kes pertama bagi kesalahan di bawah Seksyen 17A ASPRM 2009 sejak dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020 lalu,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya