Dokuman palsu: Bekas kontraktor dipenjara tujuh hari, denda RM10,000 - Utusan Malaysia

Dokuman palsu: Bekas kontraktor dipenjara tujuh hari, denda RM10,000

MOHD. Khairil Saad (dua kanan) yang didapati bersalah menggunakan dokumen palsu bagi membuat tuntutan pada tahun 2014 dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/MOHD. RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas kontraktor dipenjara tujuh hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menggunakan dokumen palsu bagi menuntut bayaran berjumlah RM83,421 melibatkan penyediaan perkhidmatan bagi penganjuran Pesta Air Nasional Langkawi 2014.

Tertuduh, Mohd. Khairil Saad, 43, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Khairil yang kini bekerja di kedai percetakan milik anak saudaranya, didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Jun 2014.

Dia didakwa dengan curangnya telah menggunakan beberapa dokumen antaranya surat program dan aktiviti pelancongan di bawah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Kedah bertarikh 3 Julai 2014 serta surat bayaran bagi program dan aktiviti pelancongan di bawah pejabat kementerian sama bertarikh 8 Jun 2014 untuk tujuan itu.

Selain itu, terdapat juga invois tuntutan perkhidmatan menyediakan set siar raya serta artis sempena Pesta Air Nasional Langkawi 2014, bertarikh 7 Jun 2014 yang digunakan bagi tujuan sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Zulfadli Azharudin mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd. Khairil dalam rayuannya meminta maaf di atas perbuatan tersebut selain memohon supaya dijatuhkan hukuman ringan kerana pendapatannya kini tidak seberapa selain perlu menanggung isteri dan anak berusia yang masih kecil.

Sementara itu, Murtazadi dalam penghakimannya berkata, kesalahan dilakukan tertuduh tidak boleh dipandang mudah kerana mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan melibatkan wang rakyat.

Tertuduh turut diarahkan dipenjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.

Dia bagaimanapun difahamkan membayar denda tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya