PETALING JAYA: Isu lompat parti masih belum berakhir, kini dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mereka ialah ADUN Tronoh, Paul Yong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam yang sebelum ini memenangi kerusi DAP atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Namun, kedua-dua ADUN itu keluar parti pada Mac tahun lalu di mana Sivasubramaniam pada bulan lalu menyertai Gerakan sementara Yong sebelum menjadi ADUN bebas.
Dengan langkah terbaru Sivasubramaniam itu Gerakan kini tiada wakil dalam DUN Perak.
Media melaporkan Yong kini menjadi anggota Bersatu Batu Gajah sementara Sivasubramaniam di Ipoh Barat.
Sebagai bukan bumiputera, Yong dan Sivasubramaniam akan menjadi sebahagian daripada sayap anggota bersekutu Bersatu.
Bagaimanapun untuk rekod mengikut perlembagaan parti itu, ahli bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dalam urusan parti.