Bazar Ramadan boleh dilaksanakan - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan boleh dilaksanakan

ZURAIDA Kamaruddin (kanan) dan Khairy Jamaluddin (tengah) melihat robot mengurus sisa pada Pelancaran Aplikasi Robotik dan Kecerdasan Buatan di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bazar Ramadan boleh dilaksanakan tahun ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dan kemas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan memperincikan perkara itu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam mesyuarat yang akan datang.

Menurutnya, kerajaan akan meneliti sekali lagi SOP di Bazar Ramadan supaya lebih kemas dan efisien. 

“Saya kira tidak akan jadi masalah (untuk bazar Ramadan dilaksanakan) kerana dalam keadaan sekarang aktiviti ekonomi sudah dibenarkan.

“Aktiviti pasar dan pasar malam juga sudah boleh buka, jadi, insyaAllah, bazar Ramadan boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Aplikasi Robotik Kecerdasan Buatan di Pasar Ayam Amanjaya di sini hari ini.

Program dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN