Bapa sayu anak tertimbus dalam lubang - Utusan Malaysia

Bapa sayu anak tertimbus dalam lubang

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bapa kepada pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB), mangsa yang tertimbus ketika melakukan kerja-kerja pemasangan kabel, sayu melihat keadaan yang menimpa anaknya itu yang menahan sakit sehingga berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Bapanya, Md. Kamalrudin Jalil, 47, yang berada di lokasi kejadian itu turut menyifatkan kemalangan yang menimpa anaknya sebagai malang tidak berbau.

Menurut Md. Kamalrudin, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang dan anaknya sedang memijak tebing tanah di kawasan tersebut, namun tiba-tiba terjatuh dalam keadaan berdiri ke dalam lubang yang berkedalaman 1.4 meter.

Dia yang bertugas sebagai pemandu lori berkata, insiden itu terjadi begitu pantas namun mereka yang berada di sekelilingnya segera menghulurkan bantuan.

“Kami cuba keluarkan dengan menarik badannya keluar tetapi tidak mampu kerana tanah di situ jenis tanah liat dan ditambah dia memakai kasut keselamatan.

“Kami tidak mempunyai pilihan selain menghubungi bomba untuk mengeluarkannya. Sementara menunggu ketibaan bomba, saya menahan tebing tanah supaya tidak terus jatuh ke dalam lubang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Md. Kamalrudin memberitahu, sepanjang kejadian itu, anaknya sedar dan dia turut memberi Muhammad Mustajrim minum selain menasihatkannya untuk sentiasa berzikir di dalam hati kerana tidak mahu dia banyak menggunakan tenaga.

“Kalau dilihat pada gambar, nampak seperti anak saya tertimbus sampai ke kepala tetapi sebenarnya hanya sampai paras pinggang.

“Mungkin ketika kerja-kerja mengeluarkannya, tanah jatuh lagi atau dia bergesel menyebabkan nampak seperti itu,” jelasnya.

Anaknya kini masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Terdahulu, pekerja kontraktor TNB itu tertimbus ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan kabel di Jalan Haji Abdul Manan 1, Taman Industri Meru di sini sebelum diselamatkan.

Mangsa, Muhammad Mustajrim, 22, menahan sakit hampir tiga jam sebelum berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya