Bapa, ibu ayam tak mengaku lacurkan ibu tunggal - Utusan Malaysia

Bapa, ibu ayam tak mengaku lacurkan ibu tunggal

TIGA tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini masing-masing atas pertuduhan menjadi dalang kegiatan pelacuran tiga wanita minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas satu pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dua orang ibu tunggal di Kubang Kerian, di sini minggu lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh, Choy Yin Luean,40; Zainab Ismail, 43, dan Mohamad Shahrulriza Mohamad Zainuddin, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Yin Luean didakwa menyewakan premisnya dengan niat untuk mendapatkan wang sewa supaya orang itu diberikan kerja atau digunakan membuat persetubuhan dengan orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi Zainab dan Mohamad Shahrulriza pula, mereka masing-masing didakwa hidup sepenuhnya atau sebahagiannya menggunakan wang hasil persundalan dua wanita, Hidayah Abdul Rahman,39, dan Nur Shamila Fakarozi, 22.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 372A kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan denda jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 3.45 petang pada 23 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap mereka bertiga selain menetapkan tarikh 5 April depan untuk serahan dokumen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya