Bantuan kemanusiaan: Bajau Laut berasak, rebut makanan  - Utusan Malaysia

Bantuan kemanusiaan: Bajau Laut berasak, rebut makanan 

Presiden MCM Zulkifli Wajihan menyerahkan bantuan kepada penduduk di Kampung Pengkalan Arang, Tawau hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Usaha Muslim Care Malaysia (MCM) mengagihkan bantuan kemanusiaan hari ini bakal berdepan dengan cabaran ketika mendekati  komuniti Bajau Laut di Semporna. 

Dibimbangi rakyat tanpa kewarganegaraan yang mendiami sekitar Pulau Mabul dan Pulau Bodgaya di daerah itu  berebut mendapatkan bekalan makanan yang disumbangkan MCM sebaik sahaja misi kemanusiaan diteruskan bermula petang ini.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan antara lain berkata, bot-bot yang dinaiki pasukan misi kemanusiaan nanti mungkin terpaksa mengharungi ombak besar susulan fenomena air pasang di daerah itu. 

“Dari segi masa pula, jika dilihat kurang mencukupi kerana hari ini MCM akan mengagihkan bantuan di beberapa kawasan di Tawau sebelum bergerak ke Semporna yang mengambil hampir dua jam. 

“Pun begitu, kita hanya mampu meramal sahaja dan saya berharap urusan hari ini berjalan seperti mana yang telah dirancang.

“Dengan izin Allah SWT, semuanya akan dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

MCM hari ini akan menyerahkan bantuan kepada 30 orang penerima manfaat di Kampung Pengkalan Arang dan 25 penerima di Kuala Sungai Balung, Tawau.

Misi akan diteruskan ke Semporna selepas tengahari ini dengan menyerahkan 300 set makanan asas di Pulau Mabul dan Pulau Bodgaya. 

Misi bantuan kemanusiaan Sabah berlangsung sehingga 23 Mac ini dan mendapat kerjasama TUDM, Geng Talaqqi, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau dan Surau Al Muhsinin, Petronas.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN