Bangunan sekolah teknologi modular - Utusan Malaysia

Bangunan sekolah teknologi modular

Salah sebuah bangunan sekolah berkonsepkan modular yang siap dibina di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kementerian Pendidikan memperkenalkan kaedah baharu pembinaan bilik darjah dengan menggunakan teknologi modular, yang dihasilkan oleh syarikat tempatan, MRCB Berhad (MRCB).

Menterinya Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, penggunaan kaedah baharu itu menunjukkan pihaknya sentiasa mencari pendekatan terbaik dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat di sekolah.

“Pada hari ini, lima blok bangunan bilik darjah di beberapa buah sekolah sekitar Putrajaya telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada kementerian, kata beliau menerusi Facebooknya hari ini.

Menurut Radzi, ini merupakan kali pertama projek infrastruktur kerajaan menggunakan teknologi baharu ini.

Menerusi kaedah ini, bahagian-bahagian bangunan disiapkan di kilang terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, kerja di tapak dijalankan manakal modular yang telah siap dibawa ke tapak projek untuk disambung dan dibentuk mengikut pelan bangunan.

Dengan penggunaan teknologi baharu ini, projek pembinaan blok bangunan baharu di sekolah dapat disiapkan dalam tempoh yang lebih singkat dengan kualiti yang baik manakala jumlah pekerja di tapak bina juga dapat
dikurangkan.

“Ini satu lagi manifestasi bahawa Kementeian Pendidikan komited untuk terus melakukan yang terbaik,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya