Anggota polis ditemukan mati bersama anak - Utusan Malaysia

Anggota polis ditemukan mati bersama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal bersama anaknya ditemukan mati dipercayai membunuh diri dalam sebuah kereta di Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, si mati merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan dipercayai telah membunuh diri dengan menggunakan senjata api jenis pistol pasukan.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat pertama yang disalurkan melalui MERS 999 pada pukul 6.42 petang.

“Respons pertama telah sampai di tempat kejadian pada pukul 6.55 petang dan didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak telah meninggal dunia, dalam sebuah kereta jenis proton wira.

“Hasil siasatan awal, didapati si mati telah membunuh diri dengan menggunakan senjata api jenis pistol dan butiran si mati adalah seorang anggota polis yang bertugas di IPD Seremban dan menggunakan pistol pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di tempat kejadian malam ini.

Kata Mohd. Said, kanak-kanak lelaki yang ditemukan mati itu berusia tujuh tahun.

“Kita berasa ia adalah satu kejadian tindakan membunuh diri dan juga bunuh.

“Kita percaya, si mati telah menembak anaknya berumur tujuh tahun dan selepas itu telah menembak dirinya sendiri. Kecederaan setakat ini, siasatan awal diperoleh adalah kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua si mati,” katanya.

Tambahnya, kejadian di siasat di bawah Seksyen 302 dan laporan mati mengejut.

“Motif dalam siasatan dan masih terlalu awal memberikan penjelasan tetapi saya percaya si mati mempunyai masalah keluarga,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya