Air panas Ulu Bendul ‘sudah tidak panas’ - Utusan Malaysia

Air panas Ulu Bendul ‘sudah tidak panas’

SHAHRIN Mat Basir (dua dari kiri) bersama penduduk setempat menunjukkan kolam air panas di Kampung Ulu Bendul dekat Kuala Pilah yang kini terbiar tanpa ada sebarang usaha menjadikannya sebagai lokasi utama pelancongan. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kolam air panas Ulu Bendul yang terletak di Kampung Ulu Bendul dekat sini semakin terbiar tanpa ada sebarang usaha daripada pihak berwajib untuk mempromosikannya sebagai satu tarikan pengunjung.

Lebih menyedihkan, persekitaran kolam tersebut dipenuhi semak samun malah airnya juga kini semakin suam, tidak panas seperti dulu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Ulu Bendul, Shahrin Mat Basir berkata, pihaknya agak terkilan kerana tiada mana-mana pihak sudi melihat kawasan tersebut yang berpotensi dijadikan produk pelancongan di daerah ini.

“Sudah agak lama kawasan ini terbiar, kita ada turun padang untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan ini setiap dua bulan sekali namun lama-kelamaan kawasan ini terbiar. Kolam air panas ini sudah semakin hilang serinya, sudah menjadi suam. Mungkin bercampur dengan air sawah di kawasan berdekatan.

“Kami berharap ada mana-mana pihak yang boleh mengkaji semula kawasan tersebut kenapa air sudah tidak panas dan masih ramai tidak menge­tahui kewujudan kolam air panas berkenaan selain penduduk Kampung Ulu Bendul ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, kolam air panas tersebut telah dibina sejak 50 tahun dan mempunyai tiga kolam takungan air termasuk sebuah kolam kanak-kanak.

Tambah Shahrin, pihaknya berharap ada pihak yang dapat membantu mengkaji semula air kolam tersebut yang menjadi semakin suam dan tidak lagi panas.

Beliau juga mengharapkan pihak bertanggungjawab dapat memasang papan tanda bagi menarik pelancong ke kolam berkenaan kelak.

“Sehingga kini, ada satu sahaja papan tanda di depan pintu masuk berkenaan. Tidak ada pihak yang menguar-uarkan lokasi ini. Ia mempunyai potensi besar yang boleh dijadikan salah satu produk pelancongan di daerah Kuala Pilah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya