Ahmad Zahid nafi guna kuasa veto - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid nafi guna kuasa veto

AHMAD Zahid Hamidi menegaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah keputusan Majlis Tertinggi bukannya secara kuasa veto. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan menggunakan kuasa veto berhubung keputusan menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan, ia merupakan satu tuduhan melulu kerana perlembagaan UMNO tidak ada peruntukan untuk kuasa veto dan semua keputusan yang dibuat adalah secara jamai’e atau kolektif.

Katanya, ia adalah keputusan Majlis Tertinggi dan apa yang telah diputuskan adalah muktamad.

“Begitu juga dalam isu kerjasama dengan Bersatu sebelum ini. Perlu saya tegaskan keputusan Majlis Tertinggi daripada awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional ada tempoh waktunya. Ini adalah keputusan besar parti. Kita tidak boleh berganjak.

“Selepas itu, sewajarnyalah setiap keputusan yang hendak dibuat perlu dirujuk kepada parti, bukan dilakukan secara individu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya