Ahmad Zahid dedah PRU-15 ditetapkan Januari 2021 - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid dedah PRU-15 ditetapkan Januari 2021

AHMAD Zahid Hamidi diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dengan iringan lagu parti UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Sabtu lalu. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mendedahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ditetapkan pada Januari 2021 berdasarkan perjanjian ketika pembentukan kerajaan sejurus selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Kata Ahmad Zahid, perjanjian itu dibuat antara pihaknya dengan parti-parti terlibat bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Sehubungan itu sejurus selepas kejatuhan PH kita bersetuju untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada parti dengan mempunyai bilangan ahli Parlimen terkecil dengan Januari 2021 perlu diadakan Pilihan Raya Umum.

“Namun perkara itu tidak berlaku dan sebaliknya berlaku proklamasi darurat dengan mempunyai maksud tersirat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya