Agong kurnia Surat Tatacara Pelantikan Hakim Rayuan - Utusan Malaysia

Agong kurnia Surat Tatacara Pelantikan Hakim Rayuan

AL SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Tatacara Pelantikan Hakim Rayuan di Istana Negara hari ini.

Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik ialah Datuk Ghazali Cha; Datuk Seri Mariana Yahya; Datuk See Mee Chun dan Datuk Hashim Hamzah.

Turut hadir dalam Istiadat Pengurniaan Surat Tatacara Lantikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim.

Ghazali sebelum pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2005 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2007.

Mariana pula adalah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pernah menyandang jawatan Pesuruhjaya Kehakiman sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2010.

Dalam pada itu, Mee Chun pula pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman 2010 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2014. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN