PETALING JAYA: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat menghargai usaha kerajaan serta bersatu dalam menghentikan penularan wabak Covid-19 dalam negara. Dalam satu kenyataan, Seri Paduka amat terharu dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bekalan vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia. “Pada kesempatan ini, beta turut menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas usaha gigih kerajaan beta membawa vaksin yang bakal berupaya melindungi kita daripada bahaya Covid-19. “Beta menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia untuk bersama berganding bahu menunaikan tanggungjawab melindungi diri dan masyarakat menerusi program vaksinasi kebangsaan,” titah Seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya