Agenda pemerkasaan wanita jangan bersifat retorik - Utusan Malaysia

Agenda pemerkasaan wanita jangan bersifat retorik

SHARIZAT ABDUL JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Usaha bersepadu mengangkat agenda pemerkasaan wanita terutamanya melalui undang-undang dan polis di Parlimen dan kerajaan perlu digerakkan secara serius, bukannya retorik semata-mata. 

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dalam usaha itu, beliau turut berharap satu tindakan dan implimentasi yang komited demi membentuk Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang peka gender.

Katanya, pelancaran Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) esok amat dinanti-nantikan demi mengangkat agenda pemberdayaan wanita dan pengarusperdanaan gender.

 “Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan atas usaha ini. Terlalu lama kita tunggu satu usaha bersepadu seperti ini yang mengangkat agenda pemerkasaan wanita terutama melalui undang undang dan polisi di Parlimen dan kerajaan secara serius dan bukan retorik sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

COMWEL yang bakal dilancarkan esok dianggotai 13 ahli Parlimen dan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita bersedia untuk bekerjasama bagi merealisasikan agenda pemberdayaan wanita Malaysia. 

Menurut COMWEL,  usaha untuk membentuk Parlimen Malaysia sebagai sebuah institusi yang peka gender merupakan satu usaha progresif yang memerlukan kerjasama komprehensif semua pihak, sama ada di blok kerajaan mahu pun pembangkang. 

Sepertimana yang digariskan Kesatuan Parlimen Antarabangsa, COMWEL bersetuju dan akan berusaha mencapai sasaran seperti  mengutamakan kepada rang undang-undang, polisi dan dasar yang menjurus kepada kesaksamaan gender; mempertingkatkan usul-usul pemerkasaan wanita untuk dibahaskan di dalam Parlimen serta keseimbangan jumlah representasi gender dalam kalangan perwakilan dalam Parlimen. 

Selain itu, katanya, mengutamakan bajet dan peruntukan yang lebih mesra wanita dan peka gender, jumlah perwakilan yang seimbang mengikut gender di dalam jawatankuasa-jawatankuasa khas Parlimen serta memastikan setiap pembangunan dan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan peka terhadap isu dan keperluan wanita Malaysia secara keseluruhannya. 

“Menjelang sambutan Hari Wanita Sedunia esok, dengan tema ‘Choose to Challenge’, wanita di seluruh dunia harus bangkit dan menyahut seruan untuk terus memperkasakan diri, keluarga dan komuniti mereka selaras dengan cabaran-cabaran terkini, terutamanya dalam menghadapi situasi norma baharu yang sedang dihadapi ketika ini. 

“Dari sudut politik dan kepimpinan, kita harus menggandakan usaha agar representasi wanita dalam posisi pembuat keputusan dan kepimpinan dapat dipertingkatkan demi kelestarian golongan wanita di negara ini,”katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya