Afdlin Shauki, Altimet sertai PKR? - Utusan Malaysia

Afdlin Shauki, Altimet sertai PKR?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua selebriti tanah air dijangka menceburi politik dalam dalam tempoh terdekat.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia dua selebriti itu adalah pelawak, Afdlin Shauki dan juga penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet yang akan membuat persembahan dalam sebuah program yang melibatkan komponen pembangkang lewat minggu ini.

“Mereka dijangka akan membuat persembahan pada hari Khamis ini.

“Selebriti-selebriti itu sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan ahli politik Malaysia yang cukup besar namanya dalam persada politik daripada komponen pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR),” jelas sumber berkenaan.

Sebelum ini, sudah ramai pelakon mula berkecimpung dalam arena politik.

Antaranya adalah Dira Abu Zahar yang telah menyertai Puteri UMNO dan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Exco bagi cawangan Tangga Batu. Beliau kini merupakan ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, industri seni hiburan dan politik tanah air dikejutkan dengan berita mengenai pelakon dan pengacara, Azwan Ali mengumumkan mengenai pencalonannya sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Utusan Malaysia juga pernah melaporkan berita desas-desus bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang juga ahli PKR, Datuk Hans Isaac bakal bertanding dalam PRU-15 atas tiket PKR. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya