ADUN Permatang Pasir nafi tuduhan cabul, ambil tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

ADUN Permatang Pasir nafi tuduhan cabul, ambil tindakan undang-undang

FAIZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil menafikan tuduhan beliau mencabul seorang pembantu kedai wanita.

Malah Ahli Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya bagi membersihkan namanya daripada tuduhan itu.

Bagaimanapun beliau mengesahkan dipanggil untuk satu siasatan polis pada 18 Mac lalu dan telah memberikan kerjasama kepada polis serta akan terus memberikan kerjasama bagi membantu proses siasatan.

“Saya telah memberikan kenyataan kepada pihak polis. Saya menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan saya tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini tular dalam media sosial mengenai laporan polis yang dibuat seorang wanita yang mendakwa dicabul seorang ahli politik dari utara ketika keluar bersama di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya, Selangor dan di dalam kereta.

Dalam laporan bertarikh 16 Mac itu, wanita yang beralamat di Dungun, Terengganu berkenaan mendakwa ahli politik itu bertindak meraba, memeluk dan melakukan perkara tidak diingininya ketika mereka berada di dalam kereta dalam perjalanan untuk makan malam di sebuah restoran.

Malah wanita berkenaan turut mendakwa ahli politik berkenaan mengingatkannya supaya tidak memberitahu sesiapa berkenaan kejadian tersebut.

Dalam pada itu Faiz berkata, beliau akan meneruskan tugas sebagai ADUN seperti biasa dan akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi dan keadilan sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya