ABC-19 bantu komuniti daftar PICK - Utusan Malaysia

ABC-19 bantu komuniti daftar PICK

MOHD. Redzuan Md. Yusof
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sukarelawan Program Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) di seluruh negara digerakkan bagi membantu kerajaan mendaftarkan komuniti di luar bandar dan pedalaman bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (Khas) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, sebelum ini, ABC-19 menjalankan aktiviti pemantauan bagi mengurangkan pendedahan komuniti kepada jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, selepas ini, ABC-19 menggalas tanggungjawab Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam menggalakkan dan membantu komuniti untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Oleh itu, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diminta mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang bertindak sebagai ‘war room’ bagi melancarkan
proses gerak gempur ABC-19 ini.

“Bagi tujuan pemantauan pula, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Emergency Support Team (NEST) yang terdiri daripada pegawai-pegawai agensi daripada pelbagai sektor digerakkan ke setiap negeri dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya