97.9 peratus sektor peruncitan patuh SOP Covid-19 - Utusan Malaysia

97.9 peratus sektor peruncitan patuh SOP Covid-19

ALEXANDER Nanta Linggi (tiga kanan) melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Sektor Peruncitan di Pasar Payang 2 di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 membabitkan sektor peruncitan di negara ini mencatatkan 97.9 peratus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penemuan setakat 1 Mac lalu diperoleh hasil pemeriksaan di 402,929 premis di seluruh negara.

“Berdasarkan jumlah pemeriksaan itu, kita dapati kadar pematuhan di sektor peruncitan adalah amat tinggi dan perlu dikekalkan sehingga berakhirnya situasi pandemik di negara ini.

“Sehubungan itu kita mencadangkan agar pasar-pasar utama di seluruh negara turut diberi tumpuan dalam pembudayaan kebiasaan baharu Covid-19 dan buat permulaan enam lokasi dipilih bagi menjayakan inisiatif tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Covid-19 Sektor Peruncitan di Pasar Payang 2 di sini hari ini.

Menurut Alexander, selain Pasar Payang 2 lokasi lain yang terlibat ialah Pasar Satok di Sarawak, Pasar Kraftangan (Sabah), Pasar Siti Khadijah (Kelantan), Pekan Rabu (Kedah) dan Pasar Chowrasta (Pulau Pinang).

Katanya, inisiatif yang diperkenalkan itu bagi mempersiapkan destinasi berkenaan dengan pematuhan SOP Covid-19 yang tinggi apabila sektor pelancongan domestik dibuka semula nanti.

“Persekitaran berisiko rendah dan selamat akan memberi keyakinan kepada pengguna untuk terus mengunjungi premis-premis perniagaan di pasar-pasar utama berkenaan.

“Antara langkah yang akan digunakan dalam kempen ini termasuk pemasangan sistem ulang siar digital bagi memudahkan semua pihak menerima maklumat dengan pantas dan mudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya