PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan angka terendah kali pertama pada tahun ini di bawah 1,000 kes iaitu 941 kes.
Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember tahun lalu dan kini merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 342,885 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan 291 kes, diikuti Sarawak 192 kes; Johor (171 kes) dan Pulau Pinang (164 kes).
“Kuala Lumpur (57 kes); Kelantan (49 kes); Sabah (34 kes); Negeri Sembilan (18 kes) dan Kedah 18 kes.
“Negeri-negeri lain yang mencatatkan kes satu angka ialah Melaka 8 kes, Perak dan Pahang (5 kes), Terengganu (4 kes) dan Putrajaya dan Labuan satu kes selain Perlis tiada kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.