9 ingkar SOP, paling ramai di pusat hiburan - Utusan Malaysia

9 ingkar SOP, paling ramai di pusat hiburan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam terus mencatatkan angka rendah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sembilan individu diberkas berbanding 17 individu ditahan kelmarin dan 44 individu dicekup pada Ahad lalu.

“Kesemua dikompaun dengan kes paling banyak masih lagi aktiviti pusat hiburan iaitu tujuh diikuti baki dua kes tiada jarak fizikal,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, jumlah pekerja warga asing didapati positif wabak Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam, mencatatkan angka sembilan orang sahaja.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan sejumlah 5,189 pekerja warga asing menjalani proses itu semalam.

Secara kumulatif, jelas beliau, sejak 1 Disember lalu, seramai 664 individu selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 34,524 majikan.

Daripada jumlah tersebut ujarnya, cuma 10,073 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan, manakala selebihnya pula iaitu seramai 654,873 orang lagi adalah negatif.

Sebanyak 1,539 klinik terlibat dalam program khas itu selaras arahan kerajaan mewajibkan pekerja asing menjalani ujian dengan kos saringan perlu ditanggung majikan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya