88,105 murid tahun tiga hingga enam di Terengganu  - Utusan Malaysia

88,105 murid tahun tiga hingga enam di Terengganu 

GURU Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang di Kuala Terengganu mengambil suhu murid pada hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 88,015 murid tahun tiga hingga enam di negeri ini memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, daripada jumlah itu seramai 21,717 murid merupakan tahun tiga diikuti 21,444 murid (tahun empat), 21,089 murid (tahun lima) dan 21,155 murid (tahun enam). 

Katanya, pihak jabatan berpuas hati dengan persediaan rapi pihak sekolah yang menyediakan kemudahan di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan.

“Selain itu, kita dapati rata-rata ibu bapa turut patuh kepada SOP ketika menghantar anak masing-masing ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sekolah berkenaan mendapati hari pertama pembelajaran bersemuka berjalan lancar dengan kawalan ketat oleh guru. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN